Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang ahli Parlimen Korea Selatan dikritik hebat selepas beliau menengking calon wanita badan anti monopoli yang tidak mahu menimang cahaya mata kerana mahu menunaikan tanggungjawab kepada negara.
Lapor Reuters, ahli Parlimen berkenaan, Jeong Kab-yoon, anggota kanan Parti Bebas Korea, membuat kenyataan terbabit ketika perbicaraan pengesahan untuk Joh Sung-wook, seorang profesor ekonomi yang masih belum berkahwin.
"Kamu belum berkahwin,betul?
"Masalah terbesar di Korea Selatan adalah wanita tidak melahirkan anak. Kamu mungkin akan menjadi calon yang sempurna, sekiranya kamu mempunyai kelayakan itu," tanya Kab-yoon ketika perbicaraan itu.
Kab-yoon kemudiannya dikritik oleh ahli politik lain ketika perbicaraan itu dan meminta maaf kepada Sung-wook. - AGENSI
6 September 2019 - 13:35
News ID: 973923
Seorang ahli Parlimen Korea Selatan dikritik hebat selepas beliau menengking calon wanita badan anti monopoli yang tidak mahu menimang cahaya mata kerana mahu menunaikan tanggungjawab kepada negara.